Sejarah Kg.Parit Baru

Leave a Comment

Parit Baru,Sungai Ayer Tawar,Sabak Bernam,Selangor


Sejarah Kampung:
  
Fakta 1:Kampung Sungai Lang merupakan nama asal bagi kampung ini.Ia Berasal Dari Sekumpulan Burung Helang Yang Suka Bertenggek Di Muara Sungai(Sungai Bernam)Pada Zaman Dahulu,Oleh Itu Penduduk Menamakan Tempat Ini Sungai Lang. Namun, kini telah telah ditukar menjadi nama Kampung Parit Baru Baruh kerana kedudukannya yang terletak di utara Negeri Selangor. Iamerupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 20km dari Pekan Sabak Bernam dan 25km dari Pekan Sungai Besar dalam daerah Sabak Bernam,Selangor. Keluasan keseluruhan kampung ini adalah 980 hektar
           Penduduk kampung ini terdiri daripada kaum melayu, cina dan india. Kebanyakan masyarakat melayu, mereka daripada keturunan Jawa dan sebahagian kecil keturunan suku Mandailing, Rawa, Banjar  dan Kampar. Sehubungan itu, penduduk kampung ini telah mengusahakan pelbagai bidang ekonomi dalam menjana pendapatan mereka. Antaranya, terdapat pengusaha pertanian, perternakan, perikanan dan pembuatan.
            Selain itu, terdapat juga kemudahan asas yang disediakan seperti sekolah, surau, rumah ibadah bukan islam, balai raya, klinik dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Malah, terdapat juga kawasan tarikan pelancong yang berdekatan dengan Kampung Parit Baru Baruh ini iaitu Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) dan Pantai Sungai Lang yang berhampiran dengan Politeknik Sultan Idris Sabak Bernam. 

Fakta 2: Pada Zaman Dahulu,Sistem Pengaliran Dikampung Ini Bermasalah,Ketua Kampung Dan Penduduk Berkerjasama Mengali Parit Yang Baru. Semenjak Hari Itu Kampung Ini Dinamakan Parit Baru.




Parit Yang Dimaksudkan




Balai Raya Tertua Di Kampung Ini

0 comments:

Post a Comment