Kejohanan Merentas Desa SMK Munshi Abdullah,Sabak Bernam

Leave a Comment

Kejohanan Merentas Desa Sekolah diadakan pada 13 Januari 2017 iaitu pada hari Jumaat.Kejohanan ini berlangsung tepat pada pukul 7.20 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari. Kejohanan diadakan bagi menyempurnakan aktiviti Unit Kokurikulum sekolah untuk tahun 2017. Kejohanan ini disertai oleh semua murid yang sihat dan tidak mempunyai penyakit yang berbahaya.Semua peserta telah menjalani latihan selama dua minggu sebelum hari kejohanan iaitu latihan pada hari Isnin dan Rabu iaitu pada 9 Januari dan 11 Januari bermula pada pukul 3.00 petang. Kategori yang dipertandingkan ialah Lelaki Kelas 1 yang berlari sejauh 9 kilometer, Lelaki Kelas 2 dan 3 yang berlari sejauh 7 kilometer sementara Perempuan Kelas 1, 2 dan 3 berlari sejauh 5 kilometer sahaja. Trek larian telah disediakan oleh Jawatankuasa Kejohanan. Guru-guru pula bertugas sebagai penjaga chekpoint dibantu oleh murid. Murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan membantu guru dalam pengelolaan kejohanan contohnya menjadi AJK rawatan kecemasan dan rondaan menggunakan Motorsikal. Rumah sukan yang menyertai kejohanan ini dibahagikan kepada  4 rumah sukan iaitu Kuning, Merah, Biru dan Hijau.

Pada hari kejohanan, semua murid mendaftar sebagai peserta oleh guru rumah sukan masing-masing. Pemberian nombor telah dilangsungkan sehari lebih awal untuk mengelakkan masalah pada hari kejohanan. Murid-murid dikumpulkan di Dataran Sihat. Selepas pendaftaran, aktiviti memanaskan badan telah diadakan iaitu senam robik. Pada masa yang sama, guru-guru yang bertugas di check point bergerak ke tempat masing-masing. Pasukan kecemasan juga bergerak ke cheak point dan stesen masing-masing seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Para peserta dilepaskan mengikut sesuatu kategori melalui trek yang sama iaitu di Jalan Sungai Air Tawar(B55) sebelum memasuki Jalan Haji Nawam Barat. Kemudian, sesuatu kategori itu berlari mengikut trek masing-masing. Pada masa ini, pihak sekolah telah meminta bantuan Pasukan Keselamatan Sekolah untuk mengawal lalu lintas di hadapan pintu pagar utama,Dan Beberapa Pegawai Polis Trafik Juga Mengawal Lalu Lintas Disepanjang Laluan Jalan Sungai Air Tawar. Selain itu, pegawai yang bertugas juga telah memaklumkan kepada Balai Polis Sungai Air Tawar dan Klinik Sungai Air Tawar bagi tujuan mendapatkan bantuan jika ada sesuatu masalah yang timbul. Para peserta yang tiba di garisan penamat akan menerima kedudukan mereka dan masa yang dicatatkan. Kemenangan sesuatu rumah sukan itu dikira daripada mata yang berjaya dikumpul oleh peserta. Contohnya, pemenang tempat pertama akan memperoleh 30 mata, kedua 28 mata, ketiga 26 mata iaitu penurunan 2 mata  sehinggalah pemenang yang mendapat tempat ke-15 akan memperoleh 2 mata. Seterusnya, setiap peserta kejohanan yang menamatkan larian dalam masa 10 minit selepas peserta yang mendapat tempat ke-10 akan diberi 1 mata. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan di Dewan Munshi.Yang Disempurkan Oleh Arwah YB Kamarol Zaki(Bekas ADUN Sg Air Tawar N01),Ia merupakan Kali terakhir beliau bersama SMK Munshi Abdullah,Beliau Meninggal Dunia 3 Hari Selepas Acara Ini.Semoga Roh Beliau Ditempatkan bersama org2 yg beriman.

Kejohanan ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid di samping memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama dalam kalangan guru dan murid. Selain itu, kejohanan ini diadakan untuk melahirkan warga SMK Munshi Abdullah yang seimbang fizikal dan mental selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara, iaitu melahirkan murid yang mempunyai otak yang cerdas dan badan yang cergas. Selain itu, temasya diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang larian jarak jauh juga bagi mencari wakil sekolah  daerah, negeri dan kebangsaan. Kejohanan ini juga diadakan adalah untuk mendidik murid-murid mematuhi peraturan kejohanan. Selain itu bagi memenuhikalendar unit kokurikum bagi penyertaan ramai murid dalam sesuatu aktivuiti, Secara tidak langsung akan menaikkan nama sekolah nanti di peringkat daerah dan kebangsaan.Kejohanan ini juga dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli sesuatu rumah sukan.Setiap kali seseorang ahli sesuatu rumah sukan itu mendapat kedudukan yang terbaik pasti akan kedengaran sorakan daripada rakan sepasukan,Setiap peserta juga diasuh agar berjuang untuk memperoleh kemenangan sekali gus mengharumkan nama peserta sendiri dan rumah sukan mereka.

Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang dengan lebih meriah lagi. Kerjasama semua pihak dan semangat kesukanan yang ada dalam setiap diri warga SMKMA menjadikan salah satu aktiviti 1 murid 1 Sukan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

0 comments:

Post a Comment